Thursday, 21 August 2025

TEMPAHAN NIKAH DAN TEMPAT 2026


TEMPAHAN BULAN JANUARI 2026

Reg Tarikh Nikah Penempah Masa
HARI
Lokasi Telefon
001



















TEMPAHAN BULAN FEBRUARI 2026

Reg Tarikh Penempah Masa
HARI
Lokasi Telefon
001

































TEMPAHAN BULAN MAC 2026
 
Reg Tarikh Penempah Masa
HARI
Lokasi Telefon
001

































TEMPAHAN BULAN APRIL 2026

Reg Tarikh Penempah Masa
HARI
Lokasi Telefon
001





























TEMPAHAN BULAN MEI 2026

Reg Tarikh Penempah Masa
HARI
Lokasi Telefon



















































TEMPAHAN BULAN JUN 2026

REGTARIKHPENGANTINWAKTU/
HARI
TEMPAT NIKAHTELEFON






































TEMPAHAN BULAN JULAI 2026

REGTARIKH NIKAHPENGANTINWAKTU
HARI
TEMPAT NIKAHTELEFON































TEMPAHAN BULAN OGOS 2026

RegTARIKH
NIKAH
PENGANTINMASA/
HARI
TEMPAT NIKAH TELEFON























TEMPAHAN BULAN SEPTEBER 2026

Reg TARIKH PENGANTIN MASA/
HARI
TEMPAT NIKAH Telefon
001


























TEMPAHAN BULAN NOVEMBER 2026

Reg Tarikh Penempah Masa
HARI
Lokasi Telefon
000






















TEMPAHAN BULAN DISEMBER 2026

Reg Tarikh Penempah Masa
HARI
Lokasi Telefon
000





















HUKUM MAMPU TAPI TAK MAHU KAHWIN

 [Hukum Fikh] Hukum untuk Orang yang Sudah Mampu, tetapi Tidak Berkahwin


Oleh: K.H. Shiddiq al-Jawi

Soalan:

Ustaz, ada kawan saya yang sudah mampu berkahwin tetapi tidak mahu berkahwin. Katanya, dia mahu mengahwini wanita keturunan Arab tetapi ternyata dia sukar untuk mendapatkannya. Bagaimana menurut pandangan Ustaz? (Arief Demang, Bandung).

Jawapan:

Terdapat larangan (nahi) dalam sebuah hadis bagi lelaki yang sudah mampu berkahwin untuk hidup solo (membujang) (Arab : al-‘uzūbah /  اَلْعُزُوْبَةُ ). Sabda Rasulullah SAW.,

مَنْ كَانَ مُوْسِرًا لِأَنْ يَنْكِحَ ثُمَّ لَمْ يَنْكِحْ فَلَيْسَ مِنِّي

“Barang siapa (lelaki) yang sudah mampu untuk berkahwin kemudian dia tidak berkahwin, maka dia tidak termasuk dalam golonganku.” (HR Thabrani dan Baihaqi, dengan sanad hasan).

Hadis tersebut menunjukkan adanya thalabut tarki atau nahi (larangan) untuk membujang (solo), sesuai kaedah usul:

اَلْأَصْلُ فِي النَّهْيِ لِطَلَبِ التَّرْكِ

Al-Ashlu fi al-nahyi li-thalab al-tarki. “Asal dari larangan (nahi) adalah tuntutan untuk meninggalkan suatu perbuatan.” (Taqiyuddin an-Nabhani, Al-Syakhshiyyah al-Islamiyyah, Juz III/Ushul Al-Fiqh, Bab “Al-Amr wa An-Nahyi”).

Hanya saja, larangan itu masih memerlukan qarīnah (indikasi/petunjuk) untuk menentukan apakah thalabut tarki itu bersifat tegas (jazim) yang hukumnya haram atau bersifat tidak tegas (ghairu jazim) yang hukumnya makruh.

Dan walaupun dalam hadis itu seakan terdapat celaan yang keras iaitu lelaki yang membujang itu disebut oleh Nabi SAW. “tidak termasuk dalam golonganku” (falaysa minni) tetapi ucapan ini tidak dapat dijadikan qarīnah yang menunjukkan keharaman. Hal itu kerana terdapat qarīnah lain iaitu Nabi SAW. mengetahui ada beberapa sahabat yang sudah mampu berkahwin tetapi tidak berkahwin. Nabi SAW. ternyata diam sahaja dan tidak memberikan teguran atau celaan yang keras. Oleh itu, hukum bagi lelaki yang sudah mampu berkahwin tetapi membujang adalah makruh, bukan haram (Lihat Muhammad Muhammad Ismail, Al-Fikr al-Islami, hlm. 16).

Adapun bahawa ada lelaki yang sangat ingin mengahwini wanita keturunan Arab, maka syarak memandang bahawa tidak ada kelebihan orang Arab atas orang selain Arab kecuali kerana ketakwaannya, sesuai sabda Rasulullah SAW.,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَلَا ‏ ‏إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا ‏ ‏لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى

“Wahai manusia! Ingatlah, sesusungguhnya Tuhan kalian adalah satu. Sesungguhnya bapa moyang kalian adalah satu. Ingatlah bahawa tidak ada kelebihan orang Arab atas orang selain Arab, tidak ada kelebihan orang selain Arab atas orang Arab, tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam dan tidak ada kelebihan orang yang berkulit hitam atas orang yang berkulit merah, melainkan kerana ketakwaannya.” (HR Ahmad, no. 23489). (Taqiyuddin an-Nabhani, Al-Nizhām al-Ijtimā’i fi al-Islām, hlm. 116).

Yang disunnahkan ialah mengahwini wanita yang mempunyai sifat-sifat tertentu, berdasarkan beberapa hadis Rasulullah SAW., di antaranya hadis dari Anas bin malik ra. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda,

تَزَوَّجُوا الْوَدُوْدَ الْوَلُوْدَ ، فَإِنِّيْ مُكَاثِرٌ بِكُمُ اْلأَنْبِيَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kahwinilah dengan wanita yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan banyaknya jumlah kalian di hadapan para nabi pada hari kiamat nanti.” (HR Ahmad, no. 13.594).

Dalam hadis dari Jabir ra.,

عَنْ جَابِرٍ، قَالَ: تَزَوَّجْتُ فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: أَتَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا؟فَقُلْتُ: ثَيِّبًا، قَالَ: فَهَلَّا بِكْرًا تُلَاعِبُهَا وَتُلَاعِبُكَ

Dari Jabir ra., dia berkata, ”Aku telah berkahwin, kemudian aku pergi kepada Nabi SAW.. Lalu Nabi SAW. bersabda, ‘Apakah kamu baru sahaja berkahwin wahai Jabir?’ Aku menjawab, ‘Ya.’ Nabi SAW. bersabda, ‘Berkahwin dengan anak dara atau janda?’ Aku menjawab, ‘Janda.’ Nabi SAW. bersabda, ‘Mengapa kamu tidak mengahwini seorang anak dara sehingga kamu dapat bermain-main dengannya dan dia dapat bermain-main dengan kamu?’” (HR An-Nasa`i, no. 3219).

Rasulullah SAW. juga telah bersabda,

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

“Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya dirimu akan selamat.” (HR Bukhari, no. 5090; Muslim no. 1466).

Berdasarkan tiga hadis tersebut, Imam Taqiyuddin An-Nabhani rahimahullah menyatakan,

فَيُنْدَبُ لِلرَّجُلِ أَنْ يَخْتَارَ مِنْ النِّسَاءِ الْبِكْرَ، وَالْمَعْرُوفَةِ أَنَّهَا وَلُودٌ مِنْ مَعْرِفَةِ أُمِّهَا وَخَالَاتِهَا وَعَمَّاتِهَا، وَأَنْ يَخْتَارَ ذَاتَ الدِّينِ، وَأَنْ يَخْتَارَهَا جَمِيلَةً لِتُعَفِّفَ نَفْسَهَا، وَأَنْ تَكُونَ ذَاتَ حَسَبٍ، يَعْنِي عَرِيقَةً فِي الْفَضْلِ وَالتَّقْوَى وَالْمَجْدِ…

“Maka disunnahkan bagi seorang lelaki untuk memilih calon isteri yang masih dara, dan yang diketahui sebagai wanita yang subur dengan mengetahui (kesuburan) ibunya, ibu saudaranya (dari sebelah ibu) dan ibu saudaranya (dari sebelah ayah). Dan disunnahkan bagi lelaki itu memilih calon isteri yang baik agamanya dan yang cantik agar dia dapat memelihara dirinya serta yang berasal dari keturunan yang baik, iaitu keturunan orang yang mempunyai kelebihan, ketakwaan, dan ketokohan (di tengah masyarakat) …. ” (Taqiyuddin an-Nabhani, Al-Nizhām al-Ijtimā’i fi Al-Islām, hlm. 113-114).

Demikianlah jawapan kami. Semoga bermanfaat.

Wallahualam bissawab.

ppp hulu langat sesi 2023 - 2025

PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN DAERAH HULU LANGAT PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT KOMPLEKS ISLAM DAERAH HULU LANGAT, PERSIARAN KEMAJ...