Syarat Wali dan Perempuan

WALI

Ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin permpuan.
Wali adalah amat penting dalam satu akad perkahwinan tanpa wali perkahwinan itu tidak sah.
Islam mensyariatkan wali dalam  perkahwinan kerana perempuan adalah golongan lemah dan mesti ada pengawasan

Jenis Wali

Wali Mujbir.
 laitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hinggga ke atas kepada seseorang gadis.
Wali bukan mujbir.,
 laitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.
Wali mujbir boleh mengahwinkan anak perempuannya yang masih dara samada yang sudah cukup umur atau belum tanpa perlu meminta izin gadis tersebut.
Wali mujbir disunatkan supaya meminta izin dan persetujuan daripada terlebih dahulu.
Wali bukan mujbir, mestilah meminta izin terlebih dahulu daripada gadis.
Antara tanda yang menunjukkan gadis bersetuju sudah memadai dengan diam atau dia tersenyum

Wali perkahwinan itu mestilah dengan syarat:
Tidak ada permusuhan antara wali mujbir  dengan gadis.
Gadis dengan lelaki yang akan dinikahinya juga tidak ada permusuhan.
Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan ada kufu.
Pengantin lelaki sanggup membayar mas kahwin kepada gadis yang akan dikahwin.

Bahagian Wali

Wali nasab.
Wali hakim.

Susunan Wali Nasab mengikut Akrab
Bapa
Datuk lelaki dari sebelah bapa hingga ke atas.
Adik-beradik lelaki seibu sebapa.
Adik-beradik lelaki sebapa.
Anak-anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah
Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah.
Bapa saudara seibu sebapa.
Bapa  saudara sebapa.
Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa hingga ke bawah.
Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa hingga ke bawah.

Wali Hakim.

Ialah sultan atau wakilnya.  Apabila wali nasab tidak ada perempuan dinikahkan oleh wali hakim.
Sebab perempuan berkahwin menggunakan wali bakim ialah:
Tiada wali nasab
Wali aqrab tidak cukup syarat sebagai wali sedangkan  wali ab’ad tidak ada.
Wali aqrab menghilangkan diri dan tiada wakilnya.
Wali aqrab ditahan atau dipenjara.
Wali aqrab tidak dapat dikesan.
Wali aqrab dalam ihram.
Wali aqrab enggan menikahkan.
Wali aqrab menyembunyikan diri.
Wali aqrab hilang dan tidak diketahui tempatatau  hidup dan matinya.

GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI

Sebab ada hubungan nasab dan keturunan.
Sebab penyusuan.
Sebab persemendaan.
Sebab Musrikah dan kafir

Larangan sebab Nasab dan Keturunan
Ibu , Nenek dan ke atas.
Anak perempuan dan ke bawah.
Adik beradik perempuan seibu sebapa.
Adik beradik perempuan sebapa.
Adik beradik perempuan seibu
Adik beradik perempuan kepada ibu (emak saudara sebelah ibu) dan ke atas.
Adik beradik perempuan kepada bapa (emak saudara sebelah bapa) dan ke atas
Anak perempuan daripada adik beradik perempuan seibu sebapa dan ke bawah.
Anak perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
Anak perempuan daripada adik beradik sebapa.

Larangan Sebab Penyusuan
Kanak-kanak lelaki yang menyusu kepada seorang perempuan sebanyak lima kali atau lebih sedangkan umurnya kurang daripada 2 tahun
lbu susu dan ke atas.
Adik beradik perempuan sesusu dan ke bawah.
Emak saudara kepada ibu susuan dan ke atas.
Bekas isteri anak lelaki sesusuan.

Larangan Sebab Persemendaan
Emak mertua dan ke atas.
Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah bersetubuh dengan emaknya.
Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.
Isteri bapa (nenek) dan ke atas.

Larangan Sebab Permaduan  (hanya sementara)
Adik beradik perempuan kepada isteri, iaitu haram dimadukan dua beradik dalam satu masa.
Mengumpulkan anak saudara dengan emak saudara dalam satu masa, iaitu adik beradik perempuan kepada bapasamada yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.
Isteri juga haram dimadukan dengan adik beradik perempuan kepaada ibunya baik adik beradik emaknya yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Larangan Sebab kafir
Wanita bukan Islam, kecuali Ahli Kitab, iaitu mereka beragama dan Nasrani yang asli. dan mereka beriltizam dengan agama serta kitab mereka yang asli.
Perempuan  ditegah sama sekali berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam, walau pun Ahli Kitab yang asli.

Larangan Sebab lsteri Orang

Perempuan yang masih menjadi isteri orang.
Larangan Sebab ‘Iddah
Perempuan yang bercerai dengan suaminya atau kematian suaminya dan masih dalam ‘iddah