Perempuan

Assalamualaikum;

Dokumen pengantin perempuan yg perlu dibawa bersama semasa berjumpa saya:
  1. Pastikan pihak lelaki telah menyerahkan borang permohonannya (2A) yang lengkap setelah mendapat kebenaran dari Pejabat Agama Islam Selangor.
  2. Borang 2C yang sudah diisi lengkap hendaklah ditandatangani di hadapan jurunikah (PPP). (Pastikan 2 orang saksi datang bersama untuk menandatangani borang ini).
  3. Borang 2D (Borang Wakalah, boleh dilengkapkan dahulu atau semasa akad nikah) seeloknya dilengkapkan sebelum majlis akad nikah dijalankan supaya menjimatkan masa dihari akad nikah..
  4. Salinan ic pemohon, wali dan dua saksi (1 salinan)- 
  5. Sijil kursus perkahwinan (asal dan dua salinan) jika pemohon anak dara atau bujang atau umur 40 tahun dan kebawah.
  6. Keputusan ujian HIV (asal dan 1salinan). Pegesahan permastautinan yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh Pengerusi Persatuan Penduduk, Pengerusi JKK, Penghulu, Nazir Masjid atau seumpamanya. (borang pengesahan permastautinan perlu jika alamat dalam mykad BUKAN  penduduk yang beralamatkan di...
    • Taman Seri Nanding
    • Kampong Dusun Nanding
    • Taman Impian Langat
    • Kg. Bistari Sungai Michu
    • Kg. Batu 13 (Pekan Batu 14)
    • Kg. Sungai SOP
    • Taman Pinggiran Delima Fasa 1 & 2*
    • Taman Casa Lagenda
    • Taman Indah Jaya
    • Taman Indah Jaya Jalan Tekali
    • Taman Titiwangsa, Jalan Tekali
    • Taman Desa Langat
    • Taman Bestari Height
    • Taman Laman Kesuma
    • Kampong Rantau Panjang

7. Sijil nikah ibu bapa (asal dan 1 salinan) -
8. Kebenaran berkahwin pihak lelaki (surat kebenaran nikah dari pejabat agama dan dokumen lain yang berkaitan)
9. Urusan permohonan nikah bagi pengantin lelaki dan perempuan boleh dibuat seawal tiga bulan dari tarikh perkahwinan.
- semua borang berkaitan boleh diambil dari laman web JAIS.
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK TEMU JANJI DAN  HADIR BERSAMA WALI DAN DUA SAKSI SERENTAK.
Daripada :
Ustaz Haji Abdullah Bin Haji Arob
(Penolong Pendaftar Perkahwinan)
No 35 Jalan Mutiara 4
Taman Seri Nanding
43100, Hulu Langat. Sel.
Tel: 0105252869 / 0390211302
WASSALAM

x