Penolong Pendaftar Perkahwinan

Sedikit peringatan tentang nikah d masjid


Nak nikah kat masjid kena patuhi undang-undang dirumah Allah. 
 
1) Baju pengantin perempuan pastikan menutup aurat dgn sempurna. Maksudnya tak boleh ketat macam pinggang kerengga. Tak boleh belanja dada. Wajib pakai stokin.

2) Kawan-kawan perempuan wajib menutup aurat dengan sempurna. Temasuk pakai stokin. Dan baju tudung tak boleh ketat. Tak boleh tudung atas dada. Asingan jauh lelaki dengan perempuan. 

3) Sarung cincin sarung dekat rumah. Di masjid tak boleh bersentuhan lelaki dengan perempuan, cukup sekadar serahan mas kahwin. 

Tapi kita semua tak nampak. Rumah Allah kita buat macam rumah kita. Masuk masjid kena solat sunat dua rakaat. Tapi bila akad nikah tak ada pun solat sunat masuk masjid. Malah perempuan majoriti aurat tak tutup dengan sempurna kaki wajib tutup, baju ketat tudung singkat.

Rumah Allah orang sudah tak hormat. 

Banyak benda nak kena betulkan. Kalau nak nikah kat masjid. Kena belajar adab dalam masjid. Bukan pentingkan adat. Nak kena cukupkan hantaran dll. Itu je orang fokus.

Kalau tak mampu patuhi adab masjid.
Jangan nikah di masjid.
Nikah kat mana-mana boleh.
Penting adab kena jaga. 

Info dari kariah masjid wilayah......ingat mengingatkan...manusia mudah lupa...yang mana adat yang mana syariat




"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(ar-Ruum : 21)"
PROSEDUR
  1. Hadir Kursus Pra Perkahwinan. 
  2. Dapatkan Borang 2A (untuk lelaki) 2B (Permastautinan jika berkenaan) 2C (Perempuan) dan 2D (Wakalah) Dengan Mengisi Permohonan Secara Online Di Alamat http://ncr.jais.gov.my
  3. Lengkapkan Borang Dan Lampirkan Dokumen Sokongan. 
  4. Dapatkan Pengesahan Dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah. 
  5. Dapatkan Kebenaran Berkahwin Dari PAID. 
  6. Akad Nikah Dijalankan. 
  7. Ambil Surat Perakuan Nikah di JAIS / PAID.


 KLIK SINI PROSIDUR

PEMBERITAHUAN
Oleh kerana Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP)
di bawah masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah
masih dalam Jawatan Perkhidmatan Awam (Masih Bekerja),
Semua Majlis Akad Nikah
hanya dijalankan pada hari minggu
atau hari kelepasan AM atau
masa-masa yang dipersetujui oleh PPP sahaja.

Sekiranya masa atau hari yang dipilih oleh pemohon
selain daripada yang dipersetujui oleh PPP,
pemohon hendaklah berhubung sendiri
dengan pihak
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
untuk mendapatkan jurunikah
bagi menguruskan pernikahan mereka. 

Sekian Terima Kasih