Pernikahan menurut Islam sebenarnya sangat mudah dan ringkas. Cukup segala rukun dan syarat nikah, maka ikatan pernikahan antara kedua-dua mempelai sudah terjalin.
Namun begitu, mengikut undang-undang di Malaysia, setiap perkahwinan perlu didaftarkan di bawah Pejabat Agama setiap negeri.
Tujuannya adalah untuk mengesahkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang di Malaysia kerana hal ini akan berkait dengan perkara-perkara penting yang lain iaitu pendaftaran anak sah taraf, pemilikan harta secara sah mengikut undang-undang dan lain-lain perkara lagi demi menjaga kepentingan dan hak suami, isteri dan keluarganya.
Prosedur pendaftaran perkahwinan ini perlu dilakukan mengikut Pejabat Agama negeri masing-masing. Walaupun begitu, secara kasarnya, prosedur pendaftaran perkahwinan bagi setiap negeri tidaklah berbeza mana, caranya hampir sama sahaja.
Malah, jika ditanya kepada mak ayah atau kakak abang kita, mungkin prosedur zaman mereka berkahwin itu berbeza dengan prosedur pendaftaran pernikahan pada zaman kini yang mana, prosedurnya adalah secara atas talian (online).
7 Langkah Mendaftarkan Perkahwinan
1) Layari Laman Web Sppim (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online melalui laman web http://www.sppim.gov.my pada masa ini (tahun 2018) hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
Bagi negeri-negeri selain daripada yang disenaraikan, anda boleh terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Bila anda sudah melayari laman web SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.
Seterusnya klik pada ikon Benar Nikah Online dan isi maklumat diri & pasangan.
Selepas siap isi maklumat diri, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
Nombor rujukan ini penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
Borang boleh dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.
2) Periksa Tempat Bermastautin Pasangan Lelaki
Daerah Sama Dengan Pasangan Perempuan
Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari (sebulan) sebelum tarikh akad nikah.
Daerah/Negeri Berbeza Dengan Pasangan Perempuan
Jika daerah/negeri lelaki berbeza dengan perempuan, bakal pengantin lelaki perlu menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam tempoh 90 hari (3 bulan) sebelum tarikh akad nikah.
3) Hantar Borang ke Pejabat Agama
Sebelum hantar borang, pastikan borang sudah ditandatangani oleh PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke Pejabat Agama beserta dengan borang online yang sudah disahkan tadi.
Senarai semak dokumen yang perlu dibawa ke Pejabat Agama boleh dirujuk pada gambar di bawah ini.
Senarai Semak Pihak Lelaki
Senarai Semak Pihak Perempuan
Kebiasaannya, borang kebenaran berkahwin siap dalam pada hari yang sama, bergantung kepada Pejabat Agama negeri masing-masing.
4) Serah Borang Kebenaran Kepada Pihak Perempuan
Daerah Berbeza Dengan Pasangan Perempuan
Borang tersebut perlu diserahkan kepada pihak perempuan untuk melakukan proses yang seterusnya. Ini kerana, pihak perempuan perlu membawa borang pasangan lelaki yang telah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
Setelah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pejabat agama, borang tersebut hendaklah diserahkan kepada PPP untuk urusan akad nikah.
5) Hari Akad Nikah
Selepas akad nikah, Tok Kadi/PPP akan berikan Surat Nikah Sementara.
Contoh Surat Perakuan Nikah Sementara Negeri Sabah
Pasangan wajib menyemak maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan ejaan nama, nombor IC serta maklumat penting yang lain adalah betul tanpa sebarang kesilapan. (PENTING kerana maklumat dalam dokumen ini akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)
Kemudian bawa Surat Nikah Sementara ke Pejabat Agama Daerah pihak perempuan untuk buat Sijil Nikah. Ini kerana, akad nikah berlaku di dalam kariah pihak perempuan, maka, Pejabat Agama Daerah pihak perempuan yang akan mengeluarkan Sijil Nikah.
6) Proses Memohon Sijil Nikah
Untuk memohon Sijil Nikah, anda perlu bawa:
Surat Nikah Sementara (asal + salinan)
IC sendiri, IC pasangan & IC wali
Duit untuk bayaran Sijil Nikah.
Kebiasaannya, Sijil Nikah akan siap dalam masa sebulan. Bergantung kepada Pejabat Agama negeri masing-masing.
surat perakuan nikah
Contoh Sijil Nikah Negeri Selangor.
Seeloknya, fotostat Sijil Nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan dalam fail. Tujuannya agar anda ada bukti bahawa anda adalah pasangan suami isteri yang sah. Ini kerana, kad kahwin masih belum diterima pada masa ini.
7) Proses Memohon Kad Kahwin
Setelah siap Sijil Nikah, anda boleh mohon untuk buat Kad Perakuan Nikah. Namun begitu, tidak semua negeri mengeluarkan Kad Perakuan Nikah.
Bagi negeri yang mengeluarkan Kad Perakuan Nikah, anda boleh sediakan sejumlah wang untuk memohon kad ini. Kad ini bersaiz kecil seperti saiz kad pengenalan. Oleh itu, mudah untuk anda bawa Kad Perakuan Nikah ini ke mana sahaja anda pergi.
kad perakuan nikah
Contoh Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor.
Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, prosedur pendaftaran perkahwinan ini adalah panduan secara rawak sahaja. Hakikatnya, pendaftaran ini diuruskan oleh Majlis Agama negeri masing-masing.
Namun, prosedurnya tidaklah jauh berbeza antara setiap negeri. Namun, masih terdapat beberapa negeri yang masih belum dimasukkan dalam sistem online di http://www.sppim.gov.my.
Begitu juga dengan kad Perakuan Nikah, tidak semua negeri mengeluarkan kad tersebut. Apa-apa pun Sijil Nikah yang asal adalah dokumen yang paling penting untuk membuktikan ikatan pernikahan anda dan pasangan. Malah, Sijil Nikah itu juga diperlukan sewaktu ingin membuat ‘Buku Pink’ bagi ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu & Anak.
Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang prosedur pendaftaran perkahwinan, anda perlu merujuk ke Pejabat Agama Daerah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
*Perkongsian ini disumbangkan oleh Puan Nur Madihah dan ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk post asal di sini.

Daerah/Negeri Sama Dengan Pihak Perempuan
Sekiranya pasangan dari daerah yang sama, pasangan boleh datang bersama berjumpa dengan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) untuk menandatangani borang permohonan tersebut sebelum mendapatkan surat pengesahan dan kebenaran dari pejabat agama. Setelah itu bolehlah menyerahkan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan (sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis akad nikah.Daerah Berbeza Dengan Pasangan Perempuan

|