URUTAN WALI NIKAH PEREMPUAN DALAM ISLAM
Mengetahui urutan wali nikah perempuan dalam Islam adalah sangat penting. Sekiranya seorang gadis yang kematian ayahnya, siapakah yang berhak menjadi wali semasa nikahnya kelak? Adakah mengikut senarai urutan hierarki tertentu?
URUTAN WALI NIKAH PEREMPUAN DALAM ISLAM
Jawapannya adalah sekiranya seorang gadis yang kematian ayah, maka urutan wali nikah perempuan dalam Islam yang kematian ayahnya ialah datuknya dan ke atas.
Susunan atau urutan wali nikah perempuan dalam Islam
Wali-wali dalam pernikahan atau perkahwinan mestilah mengikut hierarki atau susunan seperti berikut:
Bapa
Ayah kepada bapa (datuk) ke atas
Adik-beradik lelaki seibu sebapa
Adik-beradik lelaki sebapa
Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)
Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).
Bagi wali yang berada pada turutan yang ke-9 (juga yang ke-10), iaitu anak lelaki kepada bapa saudara, yang bapa saudara itu seibu sebapa dengan bapa perempuan (pengantin).
Contohnya: Rohaya merupakan anak tunggal kepada pasangan Razali dan Halimah. Selepas kematian ayahnya, Rohaya tinggal bersama ibunya. Rohaya tidak mempunyai bapa saudara sebelah ayahnya, kecuali seorang sahaja iaitu adik kandung ayahnya yang bernama Khaidir.
Khaidir mempunyai dua anak, Fuad dan Salwa. Fuad dan Salwa ialah sepupu Rohaya. Mereka juga senasib Rohaya kerana ayah mereka (Khaidir) sudah meninggal dunia. Apabila Rohaya hendak melangsungkan pernikahan kelak, Fuad ialah walinya kerana Fuad merupakan anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapa ‘pengantin’ perempuan.
Semoga artikel ini dapat membantu kita untuk sama-sama lebih memahami urutan wali nikah perempuan menurut Islam.
Wallahuaklam.
upper
- Home
- Lelaki
- Prosedur
- Perempuan
- Syarat Wali dan Perempuan
- Dewan Nikah Dan Pelamin
- Kebenaran Berkahwin
- Galeri Nikah 2020
- Charta Penggunaan Dewan Nikah 2020
- Tempahan Tarikh dan Tempat Nikah
- Tempahan Tarikh Nikah 2021
- Kursus Pra-perkahwinan Di PAID
- PPP Daerah Hulu Langat
- TEMPAHAN NIKAH DAN TEMPAT NIKAH 2025
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERMOHONAN NIKAH ONLINE SPPIM
Permohonan Nikah Online & Prosedur Isi Borang Nikah SPPIM CARA ISI BORANG NIKAH ONLINE SPPIM Tahukah anda, permohonan berkahwin kini bol...

-
Sedikit peringatan tentang nikah d masjid Nak nikah kat masjid kena patuhi undang-undang dirumah Allah. 1) Baju pengantin peremp...
-
Permohonan Nikah Online & Prosedur Isi Borang Nikah SPPIM CARA ISI BORANG NIKAH ONLINE SPPIM Tahukah anda, permohonan berkahwin kini bol...